Sanggahan Malaysia Hutan_tropika

Malaysia bersetuju bahawa hutan boleh menyedut karbon dioksida , tetapi semua pihak mesti terlibat untuk mengawet dan meluaskan kawasan hutan, tidak hanya hutan tropika.Itulah intisari gagasan penghijauan dunia.

Malaysia kesal dengan isu kepelbagaian biologi. Negara miskin dipaksa supaya mengekalkan hutan dan sumber genetik demi kepentingan masa depan manusia. Malangnya negara kaya tidak bersetuju memberi pampasan dan tidak mahu pula berkongsi pengetahuan mengenai teknologi hijau.

Cara yang sesuai menambahkan kawasan hutan ialah membangunkan teknologi tanaman agar kawasan gurun di Amerika dan di Afrika dihijaukan semula. Jika negara maju sayangkan bumi, mereka seharusnya bnerusaha gigih ke arah itu.